News

 

Pesta Ria Kuching 2022 berjaya raih RM65,000 bagi tujuan amal

Posted on 18 Aug 2022
Source of News: www.utusanborneo.com.my

Pengerusi Penganjur Festival Kuching 2022, Goh Tze Hui (dua kiri) secara simbolik menyerahkan sumbangan RM65,000 kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng (tiga kiri). Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan). - Gambar Roystein Emmor

Pengerusi Penganjur Festival Kuching 2022, Goh Tze Hui (dua kiri) secara simbolik menyerahkan sumbangan RM65,000 kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng (tiga kiri). Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan). - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Penganjuran Pesta Ria Kuching 2022 berjaya mengumpul RM65,000 hasil sumbangan penjual-penjual terlibat dalam pesta itu bagi tujuan amal.

 

Pengerusi penganjur majlis penyampaian hadiah sempena pesta tersebut, Kaunselor Wilfred Mujah Aton berkata, hasil sumbangan itu akan diberikan kepada 18 badan amal.

 

Pada majlis penyampaian hadiah sempena Festival Kuching 2022 pada malam Rabu yang dirasmikan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, enam penderma terbanyak diumum dan diberi penghargaan khas.

 

"Aaron Tay, pemilik gerai No.99 dan 100 telah menyumbang RM12,888 menjadikan beliau penyumbang terbesar tahun ini.

 

"Penyumbang kedua terbesar ialah Hon Teck Choi yang mewakili gerai No.97 dan 98 dengan sumbangan RM10,888," katanya Wilfred.

 

Antara badan amal yang menerima sumbangan tersebut ialah Yayasan Tzu Chi Budha Taiwan Malaysia (Kuching), Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak, Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sarawak, Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak, Sarawak Cheshire Home, Persatuan Autistik Kuching,The Salvation Army dan Persatuan untuk Miskin Bandar Kuching (SKUP).

 

Turut menerima sumbangan ialah Pertubuhan PDK Sentuhan Kasih Kuching, Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) dan Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak.